Adakah Anda Juga — Monyet?

Adakah Anda Juga — Monyet?

Salam sejahtera. Mungkin ada yang pernah baca cerita eksperimen monyet ni, tapi kita “ulangkaji” sedikit.

Sebuah eksperimen dijalankan ke atas 5 ekor monyet, dimana sebuah tangga diletakkan di dalam kurungan bersama sesikat pisang di atasnya.

Setiap kali ada yang cuba memanjat tangga untuk ambil pisang, air akan memenuhi kurungan tersebut.

Maka monyet-monyet itu belajar, dan akhirnya, monyet yang cuba memanjat akan dipukul.

Eksperimen di teruskan lagi dengan menukar salah seekor monyet dengan monyet yang baru. “Budak baru” ni confirm tak tahu, jadi terus menerpa untuk cuba panjat, dan monyet-monyet senior terus pukul sampai lunyai.

Jadi “budak baru in belajar”…. kalau panjat, nanti kena pukul. Yang senior pula, kalau panjat nanti banjir… maka siapa yang panjat perlu dipukul untuk kebaikan semua

Eksperimen diteruskan sampailah…. semua monyet dalam kumpulan itu “fresh”; bukan daripada 1st batch tadi.

Tapi masih juga, monyet-monyet ini tidak sentuh pisang di atas tangga, dan kalau ada yang tak kuat iman, akan dipukul teruk. Kenapa? Sedangkan seluruh kumpulan ini tak pernah experience pun bila air naik; yang dia tahu, siapa naik kena pukul.

Yang memukul pun tak tahu kenapa dia pukul monyet yang ambil pisang. Dia pukul sebab dulu, masa mula-mula masuk, dia sendiri kena pukul sebab nak ambil pisang.

Kalau dia tanya kawan dia “Awat hang pukui aku?” Kawan tu pun takkan ada jawapan. Habis-habis pun dia akan kata “Not quite sure. I just know that no one is allowed to take the bananas.”

Nah, inilah “kebiasaan” dan “ikut-ikut”. Kita buat kerana orang buat. Kenapa? Kita pun tak kaji. Orang cakap, kita cakap. Kenapa? Entahlah dulu nenek aku ajar macam tu, penghulu aku kata macam ni…

Sebab tu lah, kita kena cari ilmu. Hanya ilmu yang boleh membetulkan kebiasaan, supaya kita terbiasa dengan perkara yang betul; bukan terbiasa buat perkara yang tak tahu hujung pangkal.

Orang sekarang, suka menjaja ilmu yang sedikit, ilmu yang sekerat ayat. Cakap pasal sunnah, pasal hukum, falsafah… Cuma ambil bahagian yang dia suka. Kalau kita tak buat homework, kita pun akan turut percaya.

Jangan jadikan masyarakat ini masyarakat cliche; tiada yang baru, tiada yang bertambah. Jangan biasakan tiru cakap orang untuk nampak bagus, padahal kita pun tak reti.

Ikut-ikut ni, monyet boleh lah. Sebab monyet tak berakal.

Ps: Pernah makan biskut oat campur pisang? Sedap tau. Jangan percaya saya. Pergi bakar dan rasa sendiri.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge