Aku Lebih Suka

Aku lebih suka diri aku yang sekarang
berbanding yang dulu

Kerana yang dahulu itu
banyak bodohnya
Yang dahulu itu naif
Yang dahulu itu daif

Aku lebih suka diri aku yang sekarang
berbanding yang dulu

Kerana yang dahulu itu
tidak berfikir panjang
Yang dahulu itu muda
Yang dahulu itu buta

Aku lebih suka diri aku yang sekarang
berbanding yang dulu

Tapi aku rindu

Yang dahulu itu, yang riang
Yang dahulu itu, tiada buruk sangka
Yang dahulu itu, tidak fikir risiko
Yang dahulu itu, ringkas

Apalah yang baiknya dunia ini,
kalau gadis yang bodoh dahulu itu,
walau sekarang sudah sedikit bijak,
sudah hilang percaya

yang hidup ini
bisa indah
untuk dia juga.

Leave a Reply

CommentLuv badge