Alasan Untuk Jadi Asshole

Ooh. Asshole. Hari ni tajuknya agak marah. Tapi cuba untuk tidak terbawa-bawa dengan perasaan. Heh. Tahukah anda, dalam tidak sedar kita sering mencari alasan di sebalik perbuatan orang terhadap kita? Kita menangis dan meratap sambil bertanya kenapa kenapa kenapa tapi sampai sudah tiada jawapan.

Let me propose something.

Bukankah lebih senang kita berfikir seseorang tu menganiaya kita hanya kerana dia seorang asshole? Menjadi asshole itu adalah tabiat. Tidak perlu beralasan.

Kalau tak tahu asshole tu apa boleh rujuk di sini —> Urban Dictionary.

Baru-baru ini seorang sahabat saya yang sangat rapat dikhianati kesetiaannya oleh kekasih. BEKAS kekasih. Seperti biasa apabila sahabat bersedih kita jadi tidak lokek meminjamkan masa dan telinga mendengar luahan hatinya sampai dia pulih (sambil diselitkan sedikit nasihat dan dorongan).

Kalau dianalisa rintihannya banyak berkisarkan persoalan kenapa. Kenapa, Mai? Kenapa dia tipu aku, Mai? Kenapa dia senang-senang boleh tinggalkan aku, Mai? Kenapa dia janji macam-macam kalau dia tak sayang aku, Mai?

Tiada jawapan yang sesuai diberikan untuk soalan-soalan ini. “Dia memang asshole”.

Apakah kriteria asshole? Adakah seseorang itu lahir terus-terus menjadi asshole? Adakah seseorang itu ditakdirkan menjadi asshole ketika di luh mahfuz? Tidak. Semestinya tidak. Menjadi asshole sama prosesnya dengan pembentukan permata. Memerlukan tekanan yang kuat barulah berhasil. Cuma permata itu berharga. Asshole cuma sampah.

Apabila kita menerima kenyataan bahawa orang itu asshole, kita akan lebih senang move on. Tidak akan teringat-ingat akan kisah lama, janji lama yang layu gugur satu per satu… Tidak. Kita akan cepat melepaskan, melupakan.

“Tak ada apa yang salah. Dia memang asshole.”

Mudah. Ringkas. Tapi dalam kita menerima kenyataan perlulah dianalisa diri sendiri samada kita juga ada menyumbang ke arah keruntuhan hubungan dsb. Cuma kalau memang betul dia yang curang, dia yang cari pasal, kembalilah pada idea pokok, iaitu anda memang malang kerana ter-percaya pada seorang asshole.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda yang membuat orang lain menangis dan merana kerana sikap buruk dan tidak sedar diri anda, sila abaikan artikel ini.

Artikel ini bukan untuk seorang asshole.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge