Bengkel Penulisan Akademi Pak Sako

Hebat! Itu je yang saya mampu luahkan. Kalau nak diceritakan pengalaman di Akademi Pak Sako, memang tak cukup sehari. Saya pergi dengan adik saya Mahfuzah Atan dan bestie Zara Suryani. Nabihah yang ajak turun. Saya OK aje kalau pasal penulisan ni. Jumaat-Sabtu-Ahad, penuh dengan ilmu baru, dan jumpa kawan-kawan baru.

Jumaat malam tu program dimulakan dengan forum:

Saya datang lambat sikit forum ni sebab lepas kerja balik rumah dulu. Biasalah Abah. Mesti nak suruh balik dulu. Forum ni terbuka kepada awam, bukan sahaja peserta bengkel jadi dewan penuh sesak. Oleh kerana kepenatan bekerja, saya dengar 3/4 je. Selebihnya duduk di cafe, catching up dengan Zara yang dah berbulan-bulan tak jumpa. Melepaskan rindu.

Hari kedua ada Kuliah dan Bengkel penulisan berita, dan juga terjemahan. Ada juga kuliah pasal ideologi pencerahan oleh Hasmi Hashim, dan ini favorite saya. Oh Fathi Aris Omar (editor Malaysiakini) pun saya suka jugak. Diorang berdua ni antara speaker hebat sepanjang bengkel penulisan ni. Antara perkara yang saya perhati speaker-speaker ni semua buat notes panjang-panjang untuk kuliah diorang. Jadi saya pun rasa macam saya patut buat notes macam tu jugak bila nak tulis blog. *tips*

Fathi Aris Omar yang cover bahagian penulisan berita. Walaupun dah belajar masa dengan Mass Comm dulu, ada jugak rahsia-rahsia lain yang saya discover. Contohnya struktur ayat. Ayat pendek lebih mesra di mata pembaca. Saya pun tak suka ayat panjang. Jadi tak payah lah seksa mata orang lain dengan ayat panjang kita. Rasanya sama jugak dengan blog. Ayat biar ringkas. Lagipun senang sikit nak proofread (sebab diri sendiri pun malas baca panjang-panjang). *tips*

Hari ketiga lebih kepada undang-undang penekanan anak muda sebagai ejen pencerahan. Now now pencerahan ni apa? Bagi saya, pencerahan ni Bahasa Inggerisnya “enlighten”. Macam memberi penjelasan la camtu. Memberi tahu. Mendedahkan sesuatu perkara supaya tidak jahil. Macam tu lah. Kuliah undang-undang lebih kepada memberitahu peserta tentang undang-undang yang boleh digunapakai dalam kita menulis/ekspresi diri di alam siber, dan cara-cara melindungi diri daripada diSAMAN@ ! 😀

Sebelum kuliah undang-undang dengan anak muda sebagai ejen pencerahan tu, Hishamudin Rais ada bagi talk tentang propaganda dan penulisan satira. Man, he is VERY ANIMATED. Dan beliau macam banyak betul benda nak cakap, sampai satu ayat belum habis, dah cakap ayat lain pulak. Serabut. Tapi saya suka cara beliau berfikir dan melihat sesuatu. Honest and very unique. Tidak terpengaruh dengan pendapat orang lain. Bila saya boleh jadi macam tu?

Bengkel Penulisan ni dianjurkan tiap-tiap tahun. Kalau ada tahun depan insya ALLAH saya mesti nak ikut lagi. Korang pun datang lah! Kita jumpa kat sana tahun depan 🙂 Insya ALLAH tak menyesal! Dan BANYAK ilmu baru boleh dapat. Bukan senang nak jumpa orang besar-besar ni. Oh lupa nak cakap. Bengkel ni PERCUMA 🙂 Tak rugi apa-apa. Untuk updates sila ke Website Akademi Pak Sako.

P.s: Saya ada ambil gambar. Tapi nantilah saya upload. Sekarang ni kat ofis. Tengah lunch. 😛

This entry was posted in Cerita.

6 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge