Bersabarlah :)

Sejak akhir-akhir ni banyak artikel kita boleh jumpa di Internet tentang kahwin muda. Kahwin muda memang banyak kebaikannya. Antara kebaikan kahwin muda… dapat melindungi diri daripada maksiat, dapat membentuk diri seawal-awalnya supaya menjadi lebih bertanggungjawab, perancangan keluarga yang lebih berkesan… Kalau nak tahu lebih, boleh baca di blog rakan sayaΒ Zon Cinta – 10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda.

Saya sendiri sudah hampir 25 tahun. Saya mula memikirkan soal nikah kahwin pada umur 22 tahun. Macam-macam kebaikan perkahwinan bermain dalam minda saya. Nak pahala lah, dapat anak cepat, boleh elakkan maksiat, boleh kurangkan dosa wali-wali dan segala seribu satu sebab nak kahwin awal.

Namun Abah saya tidak berfikiran sama sesempit itu. Dalam kebaikan bernikah awal, ada juga banyak perkara yang perlu difikirkan. Pada masa tu saya masih muda. Bangun pagi lambat. Lipat baju pun senget. Masak nasi pun asik hangus kalau tak guna electric rice cooker (cuma nak menambah betapa saya bukan wife-material ketika itu). Bersediakah saya?

Nikah bukan setakat bernikah sahaja. Makan pakai suami kita kena uruskan. Tak termasuk diri kita. Kalau rezeki murah, (Alhamdulillah, insya ALLAH) anak-anak pula perlu diuruskan. Di usia 25 tahun ini, saya ikhlas cakap. Di umur 22 saya BELUM MAMPU!

“Saya kahwin muda. Boleh je uruskan suami. Anak pun dah 7 orang. Takde masalah pun! Masa tu saya belajar jugak! Suami pun belajar! Boleh je!” πŸ™‚

Alhamdulillah πŸ™‚ Selamat pengantin errr… lama. Dan anda memang beruntung. Anda telah pun terselamat daripada maksiat dan pandangan jahat syaitan yang bertepuk tangan setiap kali manusia melakukan kesilapan. Satu-satunya kelebihan anda berbanding mereka yang masih belum berkahwin di usia lewat adalah anda DITAKDIRKAN berkahwin awal! Jangan lupa tu!

Setiap orang telah ALLAH tentukan dua perkara. Jodohnya, dan mautnya. Jadi kalau seseorang itu telah pun berusaha untuk mencari pasangan yang sesuai, tapi tidak berjumpa… Ataupun sudah berjumpa tapi terdapat halangan-halangan untuk diijabkabulkan, maka dengarlah dan ambil perhatian. ALLAH ADA RENCANA LEBIH BAGUS UNTUK KAMU.

Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin perjalanan untuk mencari si dia itu ALLAH susahkan supaya kamu lebih menghargai dia setelah bersama. Mungkin juga si dia ada dekat dengan kamu, tapi ALLAH sedang menyediakannya untuk perkahwinan supaya dia boleh bahagiakan kamu. Mungkin juga si dia sedang bersama orang yang salah, dan setelah berjumpa kamu, dia akan lebih cintakan kamu berbanding gadis lain yang sebelum kamu!

Terserah bagaimana kamu mentafsir kisah kamu. Saya mentafsir kisah saya dengan cara saya sendiri. ALLAH ingin saya berkahwin sebagai wanita yang matang dan dewasa, bukan anak kecil yang buta dengan keindahan perkahwinan dan lupa akan duri dan ranjaunya.

Jadi, gadis-gadis di luar sana, bersabarlah. Dan jangan lupa jaga diri kamu. Fizikal terutamanya, dan mental. Dan sekiranya kamu telah berdosa, ingatlah ALLAH sentiasa mengampunkan kita, makhlukNYA yang lemah, asalkan kita berdoa dan meminta keampunanNYA.

Jangan sesekali mengagumi takdir orang lain sampai lupa ehsan ALLAH pada kita. Jangan sampai ada rasa “Ya ALLAH kenapa dia kau bagi kahwin awal? Kenapa aku ni dah boleh jadi mak orang tapi tak ada lelaki nak kat aku?” Tak perlu rasa begitu. Ada banyak lagi nikmat yang ALLAh telah beri pada kamu. Mengapa “belum berkahwin” yang kamu ungkitkan?

Pasti ada untuk kamu suatu hari nanti. Berkahwin atau tidak, bahagia atau merana, miskin atau kaya, semuanya adalah ujian ALLAH. Maka berhati-hatilah dengan bisikan hati kamu, dan lawanlah dengan akal.Β Wallahu’alam.

Saya doakan yang baik-baik untuk kamu yang membaca. Semoga kamu doakan yang baik-baik untuk saya juga. Amin!

This entry was posted in Cerita.

15 comments

  1. sofie says:

    setuju… kahwin memang lah nak, tapi kena juga fikir sebab2 yang ada kat dunia. dunia akhirat kena seimbang.. πŸ˜‰

  2. FIFI says:

    hehe
    capital letter sebab tengah buat kerja tadi.
    kerja dekat taman medan. sama dengan suzi.
    tunang lepas raya ni…
    hari sabtu/ ahad. nanti akan diberitahu. πŸ™‚
    FIFI recently posted…TerakhirMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge