Fikiran Rambang

“Fikiran Rambang” = Random Thoughts. LOL. Hari ni ingatkan nak share tentang keistimewaan bulan Rejab. Tapi oleh kerana kedangkalan ilmu agama, tak jadi pulak rasanya. Ada yang kata tiada hadis sahih yang merujuk kepada ibadah khusus dalam bulan Rejab. Tapi di laman web JAIS ada satu artikel oleh Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS (boleh rujuk di sini) yang ada letak hadis:

Sabda Nabi S.A.W: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku

Tapi dalam blog Dr. MAZA, hadis ni dikatakan hadis palsu… Hmm…

********************

Hari ni tiba-tiba je terjemah daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Ni semua gara-gara perbualan semalam dengan kawan lama saya yang rasa tulisan saya lebih ramah dan dekat apabila ditulis dalam Bahasa Melayu. Dan dia tak setuju kalau tulis rojak, campur Bahasa Melayu dan Inggeris.

Tapi campur-campur tu bukan sengaja, kata saya. Kadang-kadang sesuatu perkataan itu lebih mudah disebut dalam Bahasa Inggeris. Contohnya “Microwave Oven” – Ketuhar Gelombang Mikro. Woahhhh “Gelombang Mikro” tu sebab ada perkataan “gelombang” macam merbahaya pulak bunyinya LOL. Sama juga macam “munchkins”. “Munchkins” ni diperbuat daripada tengah-tengah donat. Kan donat tu ada lubang tengah-tengah. Lebihan doh tu tak dibuang. Jadilah munchkins! Jadi kalau nak terjemah dalam Bahasa Melayu kena la tulis “munchkins” jugak kan? Takkan nak kata “lubang donat” (doughnut holes). Kurang manis bunyinya. Sama juga dengan “keyboard” (papan kekunci), “followers” – dalam Twitter (pengikut) and the ever classic example “joystick”. Erks.

Memang lawak. Tapi sedih. Sebab kita rasa asing dengan bahasa sendiri. Penjajahan secara sulit oleh Barat berjaya sekali lagi. Bukan sahaja bahasa yang kita rasa selesa, budaya mereka, cara hidup mereka, sudah menular secara senyap tanpa kita sedari. Sudah ada Melayu Muslim yang tinggal sebumbung tanpa nikah, itu daripada segi agama. Hubungan dengan ibubapa sudah renggang kerana kononnya “my friends know me better” (kawan-kawan lebih kenal saya). Komunikasi dengan ibubapa hanya berlaku apabila kehabisan wang… dan kalau nak ditulis satu-satu penjajahan budaya ini memang panjang senarainya.

Mungkin kecil bagi anda. Cuma bahasa. Tapi daripada bahasa akan menular ke budaya, dan cara hidup. Mungkin juga remeh bagi anda. Alah, apa salahnya tukar sedikit budaya kita ni kolot! Tapi bagi saya tak ada salahnya budaya Timur. Modenkah Barat dengan pakaian yang makin sedikit menutupi badan? Tapi bukan semua orang kita yang begini. Masih ada yang boleh dibawa berfikir. “Bawa berfikir” – macam bawa berbincang, tapi dia fikir dan hadam sendiri informasi yang kita bagi.

Namun jangan lupa pula. Tak ada ruginya fasih berbahasa Inggeris. Sedikit sebanyak dapat memperluas ruang idea dan ilmu kita, sebab banyak tulisan ilmiah dalam Bahasa Inggeris. Kita taknak ketinggalan hanya kerana ingin memperkasa Bahasa Melayu kan?

Semoga hari anda indah 🙂



2 thoughts on “Fikiran Rambang”

  • dua dua sama penting. English bahasa global (to be global, kita kena la tau bahasa global). bahasa Melayu pulak bahasa kebanggaan, jati diri kita, pun penting. so, kena balance dua dua. kaki menjejak bumi, kepala dongak ke langit. cewah! peribahasa terus XD

    *i admit i can’t get away from tulis rojak* SEE! even untuk komen ni pun dah bercampur baur bahasa T_T
    zara recently posted…Selepas Peristiwa: Tayangan Filem Jalan PintasMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge