Happy Birthday Mahfuzah!

OK hari ni bangun awal gila sebab nak buat finishing birthday cake budak kecik ni. Dia sangat beruntung ye kerana birthday cake dia adalah cake Chocolate Indulgence yang sangat enak dan mahal itu, KALAU beli kat Secret Recipe la. Kalau buat sendiri lebih berpatutan sebab tak payah nak bayar tenaga Bangla yang kerja kat kitchen tu. Sila nikmati keindahannya di bawah.

Ahh… Sinful. Tapi yang ni Secret Recipe punya lah. Kalau kau nak beli kat Secret Recipe alamat kaklong beli sepotong aje dan abah makan sorang. Chocolate Indulgence Mahfuzah ni kaklong dia yang buatkan *puff chest*. Yer… Kaklong dia yang buatkan. Bertuah betul adik-adik aku. Walaupun tak naik sangat, dan topping sememeh, namun ini adalah kali pertama dan patut mendapat pujian melambung tinggi haha. (Gambar not available. Terlalu bahaya untuk dipaparkan)

Sebenarnya ingat nak start buat hari Sabtu, tapi kononnya nak cat ruman (KONON) dan pakcik Indonesia tu kata nak datang bersihkan bumbung hari Sabtu (alasan) sebab air banyak dripping, maka tak boleh la mengecat. Tsk tsk tsk. Lagipun makan ketam hari Sabtu tu rasa macam pening-pening woh tak larat la nak drive ke bakery (more excuses).

Jadi ceritanya kitorang pegi bakery hari Ahad, tengahari. Tapi lambat sikit sebab mak suruh pergi Tesco dulu beli bahan-bahan nak masak, takut-takut karang ada orang datang beraya tapi peti sejuk kosong. Takkan la air bujang je. Mula-mula budak kecik tu tanak ikut. Tapi bila aku hantar SMS ni:

Terus dia call. Ewah kalau pasal benda-benda lucah ni mesti laju je HMMPH. She took her time laughing at me pastu baru tanya “Kaklong nak pergi Rawang? Buat apa?” When I told her nak beli bahan buat birthday cake dia terus kata nak ikut nak ikut so terpaksa la sebagai anak sulung beralah dan patah balik rumah amik dia. Heh.

Pergi dengan Mahfuzah……. (T_T) Anda wajib menyediakan duit lebih beberapa puluh untuk membelanja dia, contohnya tiba-tiba je keluar dengan kaklong dia, dia kata jam dia dah rosak.

“Susah la nak ambik periksa, kaklong.. kalau takde jam”

(sambil buat muka macam ni)

Lepas tu keluar Tesco nak aiskrim pulak. Yang murah-murah taknak pulak tu. Kau ni memang kena kaya la Mahfuzah. Selera besaq. Dan lepas shopping-shopping kat bakery terus je la memulakan operasi…┬áKisahnya, cake tersebut dibuat dengan 0% pengalaman sebab first time buat, dan juga blur2. Ada yang TERlupa, TERtumpah, TERbalik (oh I bet Mak is smiling) dan berapa banyak TERbuat kesalahan makanya cake Mahfuzah jadi bahan experiment. Tapi akhirnya menjadi lah. Hehe.

Tapi remeh jugak pembuatannya. Kena buat mousse hitam, mousse putih, bekukan mousse, bakar cake, tunggu sejuk, potong empat, lapis2, bekukan lagi (ni semua buat sepanjang hari Ahad) dan pagi tadi buat finishing sapu mouse di seluruh cake dan salut dengan ganache terlebih pekat. Dan oleh kerana pertama kali buat, tak reti nak agak lagi, cake ni TERLALU manis. Memang layak dipanggil KEK POTONG KAKI.

Tapi kalau tak kerana budak kecik ni mesti tak berani nak cuba recipe baru. Oleh kerana budak kecik yang kuat makan ni, maka tercetuslah idea mencuba recipe-recipe baru, contohnya Tiramisu dan terbaru Chocolate Indulgence ni.

Happy 24th Birthday, Mahfuzah!

Happy 18th Birthday, Mahfuzah!

Semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dipertemukan dengan bakal suami yang soleh dan boleh membimbing kau yang kepala angin tu.

<3

This entry was posted in Cerita.

2 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge