Happy Labour Day

Happy Labour Day

Assalamualaikum! 🙂 Happy Labour Day!

Cuti Labour Day (Hari Pekerja/Buruh) pastinya sama dengan cuti-cuti umum yang lain. Kita ambil masa untuk berehat dan meluangkan masa dengan keluarga (bagi yang tidak kerja shift). Jalan-jalan sambil ambil gambar, membeli belah…

Ada juga yang mengambil kesempatan cuti umum untuk melangsungkan perkahwinan.

Atau pergi Perhimpunan Bantah GST

Bagi saya, mengambil nama “Hari Pekerja” itu, mungkin bagus juga diluangkan masa untuk berfikir samada kerja kita sekarang adalah yang terbaik dan memberi job satisfaction.

Seorang sahabat pernah memberitahu saya, “Life is too short for the wrong job.” Wrong job, wrong company, wrong boss… You decide. Apa sahaja yang berkaitan karier kita, kita perlu nilai dan buat keputusan, adakah ini yang kita mahu for at least another 5 years.

Petanda pertama dalam menentukan kerja itu tidak sesuai adalah “#1: Friday feels like Monday”. Hari apa pun tak ada bezanya. Kita masih pergi kerja macam ni:

Labour Day Analysis

Nah itu yang pertama. Yang kedua “#2: Kenaikan gaji gagal memberi motivasi”. Bukannya gaji anda rendah atau underpaid, cuma tidak cukup untuk menggembirakan anda. Ini paling jelas. Anda sudah tidak ada hati terhadap kerja; mungkin kerana suasana, rakan kerja atau faktor-faktor lain. Tapi yang pasti, anda dah tak nak. TAK NAK.

Dalam menentukan samada pekerjaan itu bagus dan membina, bukan sahaja bergantung kepada gaji, malah peluang untuk belajar sesuatu samada daripada projek-projek one-off ataupun tugas harian. Tapi sampai satu tahap, kita akan “tepu” (bosan atau sudah tidak ada ruang berkembang) dan mula hilang minat. “#3: No space to grow or learn anything”. Ini penting. Suasana yang kondusif dengan peluang-peluang yang bagus akan menghasilkan individu yang dinamik. Kalau ini sudah tiada, mungkin anda perlukan sesuatu yang baru dalam karier.

Masalah di tempat kerja juga kadangkala menjadi sebab untuk kita move on. Terutama sekali apabila “#4: Masalah di tempat kerja kelihatan lebih besar daripada keseronokan bekerja”. Lumrah kehidupan, di mana sahaja pasti ada masalah. Tapi bagi orang yang positif, masalah ini dihadapi dengan sikap yang bagus dan minda yang terbuka. Maka masalah itu nampak kecil dan remeh. Tapi akan ada saatnya masalah itu membebankan kita. Ini semua dugaan untuk dewasa — tapi mungkin juga petanda pekerjaan itu kurang sesuai.

Akhir sekali “#5: Anda selalu cuti sakit/emergency leave, datang lambat dan balik awal”. Mungkin ini perkara kecil terutamanya bagi yang dah lama bekerja. Tapi sikap-sikap begini adalah petanda tiada job satisfaction maka anda macam benci dan malas untuk bekerja. Ini bukan sahaja menjadikan anda kurang produktif, malah menyusahkan rakan sekerja dan majikan. Maka berhentilah.

Terutamanya yang suka ambil emergency leave dan medical leave hari Isnin dan Jumaat. Jelas lagi nyata yang anda memang tak suka bekerja. Tahukah anda kalau suka-suka cuti tu menjadikan gaji tak berkat? Sebab dah namanya EMERGENCY dan MEDICAL. Istilah ini adalah cuti berbayar dengan bersebab — nah kalau sengaja digunakan untuk bermalas, fikir dan tanggung sendiri.

Kadangkala kunci kebahagiaan dan kejayaan adalah “knowing when to stop”.

Happy Labour Day! 🙂



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge