Ibuku Serba Boleh

Tak terlewat rasanya untuk ucapkan Selamat Hari Ibu. Walaupun ada yang kata tak Islamik and what not, I think it’s the intention that matters. Kalau kerana Hari Ibu ni, kita duduk sejenak dan renung jasa ibu, why not? Selama ni sibuk kan? Kerja, belajar…. Buat hal sendiri. Tiba-tiba orang sebut Hari Ibu, terus kita call Mak kita. Indah kan? 🙂 Niat tu penting.

Selamat Hari Ibu Puan Nor’Ani Binti Taib a. k. a Mak 🙂

Mak kita segan ambik gambar jadi banyak gambar mesti ada Abah 😀

Mak saya versatile. That’s the right word to describe her. Macam-macam Mak reti buat. Menjahit boleh, bertukang pun pandai. Baju raya kami semua Mak jahitkan. Saya ni saiz kecik jadi kalau beli kat luar memang macam baju pinjam. Nasib baik Mak pandai jahit. Tapi kami anak-anak perempuan dah kena hambat belajar jahit. Takkan dah berlaki pun Mak jahitkan. Heheheh.

Bertukang? Tengok aje lah kandang kucing kita.

Ni masa mula-mula kucing datang. Kecik lagi diorang ni. Tapi dah terlalu besar untuk sangkar yang sedia ada. Rak pinggan ni memang dah lama tak guna. Jadi Mak convert jadi sangkar kucing.

Siap ada tangga lagi. Bertingkat-tingkat. Atas tempat tidur, tengah tempat makan, bawah toilet. 😀

Kat atas tu letak makanan dia. Senang nak refill.

Bila diorang dah besar, dah memekak pulak sebab tak muat diorang nak bertepuk tampar. Lepas tu berlari-lari, panjat sana sini. Kucing pun bosan sebab takleh bergerak. Jadi Mak tambah extension bagi luas sikit. Kucing pun happy sebab boleh panjat-panjat, ruangnya luas. Nak tidur baring pun selesa. Kucing pun nak jugak berlunjur kaki.

Yang penting tempat makan dan toilet terasing. Kalau tak tu, sampai tidur dalam litter box pun ada, nak privacy punya pasal. Kucing ni binatang personal. Dia suka “me time”. Dan sangat jealous.

 

Maka jadilah yang ini pulak. Siap ada bantal lagi. Jadi bila dia panjat-panjat, dia hempas diri atas bantal.

Yang ni, Mak highlight, IDEA MAK. Tapi execution by Amin. Haha.

Abah kata, orang dulu-dulu ada cakap kucing ni selalu mendoakan tuannya kaya sebab dia nak tidur atas “tilam pandak“. Walaupun kami tak kaya dapat la kucing-kucing ni “tilam pandak”. Itu pun asik meow nak keluar pegi rumah sebelah. Ceh.

My mother has never worked outside. She just learnt Mental Arithmetic from a friend and started to teach the neighbor’s kids since then. Sampai sekarang.

As much as my father has always wanted me to be a career woman, Mak on the other hand always remind me of fitrah wanita. Setinggi mana pun pangkat, sebanyak mana pun gaji, tempat kita tetap di sisi suami, dan insya ALLAH seorang ibu. Jadi tak perlu kekok di dapur dan berkemas (tapi masih jugak tak boleh diharap aku ni. haih)

Mak selalu ingatkan, jangan kerja kuat sangat sampai anak-anak punya pelajaran terbiar. Malu kita bergaji besar tapi anak-anak tak dapat uruskan. Pernah sekali saya persoal…

“Habis perempuan ni tak boleh nak bercita-cita lah Mak? Penat la Kaklong belajar tinggi-tinggi nak jadi pandai tapi akhirnya kat rumah jaga anak?”

Mak jawab…

“Perempuan belajar tinggi dan pandai bukan untuk diri sendiri. Tapi untuk hasilkan umat yang bijak macam dia jugak.”

Terdiam saya…

Semoga Mak panjang umur dan sempat tengok saya jadi wanita baik macam yang Mak nak. Insya ALLAH.

**Al-Fatihah untuk Nenek dan Wan, ibu-ibu hebat yang melahirkan dan membesarkan Mak dan Abah…



4 thoughts on “Ibuku Serba Boleh”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge