In Memory of Nenek (1935 – 2011)

Every soul will taste death, and you will only be given your [full] compensation on the Day of Resurrection. So he who is drawn away from the Fire and admitted to Paradise has attained [his desire]. And what is the life of this world except the enjoyment of delusion. ~ Al-Imran:185

Like I mentioned in the previous post, I lost my grandmother on the 16th December 2011. Seingat saya, Busu bawak Nenek ke rumah Pak Ngah, saja nak jalan-jalan. Sedang berbual-bual, Nenek angkat kaki nak letak atas bangku. Nenek tak boleh duduk berjuntai kaki sebab kaki Nenek penuh air. Fungsi buah pinggang terganggu. Jadi biasanya kalau duduk Nenek mesti support kaki dengan bangku kecik.

Tiba-tiba hari tu tak boleh.

Nenek mintak Pak Ngah naikkan kaki. Agaknya dah boleh rasa keadaan diri makin menurun, Nenek beri izin bawa ke hospital. Sebelum ni TAK PERNAH sekali pun Nenek mintak/benarkan kami bawa ke hospital.

Mak nak mati kat rumah…. Mak taknak mati kat hospital…

Itu aje yang bermain di mulut Nenek tiap-tiap kali kami nak hantar ke hospital. Nenek bimbang terlantar. Nenek bimbang doktor tak bagi balik. Nenek cuma nak ada di rumah bila tiba ajal. Tapi hari tu Nenek sendiri mintak. Nenek cakap pada Mak Ngah, buatlah apa yang patut. Jadi Mak Ngah telefon ambulans, terus ke wad kecemasan, dan terus admit ke CCU (Coronary Care Unit/Unit Rawatan Jantung).

Saya dah keluarga cuma diberitahu selepas Nenek dimasukkan ke CCU. Mak sedikit terkilan. Tapi mungkin dah takdir. Mak Ngah cerita, sebaik saja ambulans sampai, Nenek diberi oksigen. Baru lah kami tahu. Jantung Nenek terlalu lemah. Oksigen tak cukup, sebab tu tak boleh proses air kencing. Buah pinggang Nenek pun tak berapa baik. Dan air yang terkumpul menyebabkan kuman membiak dalam paru-paru. Beratnya derita Nenek… Saya jadi sebak.

Agak lama Nenek tidak sedarkan diri. Diberi sedatif sebab kalau dalam keadaan sedar mungkin akan meronta-ronta dengan tiub di tekak dan wayar berselirat. Ada juga masa-masanya Nenek buka mata, tapi saya tahu Nenek tak nampak. Dalam hati saya dah mula pasang siap. Saya tahu Nenek hanya “tunggu masa”. Apabila sedar, doktor akan cuba tanggalkan tiub oksigen. Tapi setiap kali dicuba, Nenek akan kembali collapse.

Nenek sudah tidak mampu bernafas sendiri.

Ada satu ketika yang saya seakan berasa lega,
walaupun akal masih sedar akan keadaan Nenek.

 

Pada masa ni, Nenek kerap kali cuba berbual. Nenek suruh saya angkat dan bawa dia balik. Nenek berpaut pada lengan saya. Saya turutkan. Saya rasa pautan Nenek sangat kuat, sehingga saya lalai seketika dan mula berharap Nenek pulang. Tapi kalau sudah seakan “lupa” bernafas… Apa harapannya? Saya ampu belakang Nenek, dudukkan Nenek. Tapi Nenek tak terdaya. Baring semula. Kecewa.

Saya tanya Nenek baik-baik. Kalau balik, tak ada alat-alat ni semua. Macam mana Nenek nak baik? Nenek mengeluh berat. Ingin saya bawa Nenek pulang pada saat itu juga jika terdaya. Saya faham niat Nenek. Tapi kita cuma merancang. ALLAH sudah menulis takdir kita… dan ada beberapa perkara memang ALLAH janji, TIDAK AKAN berubah…

Pada 16th Disember 2011, kami ke hospital seperti biasa. Saya dah siap-siap ambil cuti 16th dan 23rd Disember sebab nak tunggu Nenek di hospital. Nenek dikhabarkan telah kritikal. Sebelum ini saya telah berkali-kali mengingatkan Mak supaya redha. Mak kata, Mak sudah lama redha. Tapi apa lah yang saya tahu tentang kesedihan Mak? Kehilangan ibu dan ayah adalah dugaan yang paling pahit bagi seorang anak. Mampukah saya mengerti?

Nenek tambah kritikal. 100% on life support. Jantung semakin lemah. Sedang melihat kadar denyutan jantung yang semakin lemah, saya tak putus-putus berdoa agar Nenek “senang” pergi. Tidak diaibkan dengan pengalaman sakaratul maut. Mak, Busu dan Pak Ngah bergilir-gilir membisikkan syahadah ke telinga Nenek. Nenek menguap beberapa kali. Terus tidur.

Innalillahiwainnailaihirajiun…

Semasa menaip entri ini, hampir dua bulan Nenek meninggal, tapi air mata masih tak boleh ditahan-tahan. Saya masih belum jumpa “closure” dalam perpisahan ini. Mak masih terbangun malam dan menangis. Tapi jauh di sudut hati, saya faham ini adalah kitaran hidup. Kita semua akan ke sana. Hanya soal masa.

Al-Fatihah.

P.s: Maaf kalau screenshot besar. Tapi saya ingin mengingati tarikhnya. Harap faham. Assalam.



2 thoughts on “In Memory of Nenek (1935 – 2011)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge