Jangan Jadi Perempuan Sangat Lah!

Sahabat-sahabat saya pastinya selalu dengar saya sebut ayat ni: “Jangan jadi perempuan sangat lah!” Oleh kerana ramai yang bertanya dan tidak faham apa maksud saya, maka lahirlah post ini.

Jika dibaca dalam kebanyakan buku (dari Barat terutamanya) banyak memperkatakan tentang perbezaan lelaki dengan perempuan. Lelaki lebih rileks dan tidak berfikir perkara remeh, berbeza dengan perempuan yang terlalu banyak berfikir benda sampah sampai stress dan tak mampu melalukan fungsi penting dalam hidup.

Lalu lahir jenaka sebegini:

perempuan lelaki berbual

Saya cakap sebab saya perempuan. Dan saya pernah jadi perempuan yang begitu. Penat. Tidak fokus. Hingga saya pun rimas dengan diri sendiri. Terus terang cakap, sejak saya putus cinta perspektif terhadap hidup juga berubah.

Dulu saya… Heh. Perempuan kan. Saya banyak merancang dan risau. Dah merancang pun risau. Tak ke pelik dan memenatkan. Saya juga terlalu banyak memikirkan apa yang orang buat dan cakap pada saya.

“Ala orang tu kenapa cakap begini?”
“Ala orang tu kenapa tak cakap begini.”
“Ala orang tu kenapa buat begini?”
“Ala orang tu kenapa tak buat begini?”

Sudahnya kita tak ke mana sebab memikirkan bagaimana orang lain boleh berubah untuk membuatkan hidup kita lebih ideal. Tak ke kerja gila tu?

“I rasa dia marah I lah. Tadi pagi I senyum kat dia, dia buat dono (don’t know) je. Apa I dah buat eh?” For all you know rupanya orang tu tak pakai contact lens hari tu sebab infection dan dia benci pakai glasses, simpan dalam handbag. Jadi masa you senyum, dia sebenarnya nampak begini:

blurry-vision

Jadi anda buang separuh hari berfikir. Masa lunch tanya baru tau.
“OOooo kau tak nampak aku ke hehehehehe.”

Bila ada kalangan sahabat saya menyukai seseorang (crush), saya sokong. Saya suka sahabat-sahabat saya bahagia. Tapi tolong jangan cakap bullshit bila dah angau. Jangan jadi perempuan!

“Aku suka tengok dia tu. Selalu nampak dia solat.” Saya selalu harap ayat ini berhenti di situ sahaja. Kenapa tak benarkan diri sendiri merasa bahagia?

Sambung pula “Ala layak ke aku dengan dia? Dia solat penuh. Tapi tak tau la kan kat rumah dia solat ke tidak. Dia pandang aku senyum mesti dia anggap aku kawan biasa je. Hari tu aku nampak dia lunch dengan budak praktikal tu….” Yadaa yadaa yadaa. Haihhhh perempuan! Crush je kot!

Sama juga dengan keyakinan diri. Lelaki selalunya cakap “Redah je” dan buat. Perempuan cakap “Redah je” tapi lepas tu fikir apa penerimaan orang? Adakah orang akan memandang dia lain? Adakah? Adakah?

Ambil situasi ni. Ini kisah benar ye. Ini bukan rekaan.

“Apa pendapat you?”
“OK lah.”
“OK? OK good or OK bad?”
“OK good.”
“Ah you cakap je…”
“No seriously I dah tengok your work before. I suka.”
“Habis kenapa cakap OK?”

Antara perkara yang saya kesalkan. Yang mudah jadi sukar.

Ini ciri tipikal perempuan. Bukan semua perempuan begini. Saya kenal dan kagumi beberapa perempuan “kental” yang tidak begini. Tapi kalau saya tegur “Jangan jadi perempuan sangatlah!” ini adalah antara penyebabnya. Situasi lain, anda boleh tanya saya. “Eh Maisarah apasal kau cakap aku perempuan ah?”

Perlu diingat dan sentiasa disyukuri, perempuan memang istimewa. Menjaganya perlu ketelitian dan ilmu. Tapi adalah lebih senang dunia ini dilalui sekiranya perempuan menyenangkan dirinya sendiri. Yakin dan selesa. Tidak terlalu banyak berfikir hal-hal remeh dan mula memikirkan hal yang lebih penting.

Perempuan memang sensitif. Perempuan memang teliti. Perempuan memang sentiasa berfikir secara mendalam. Semua ini adalah anugerah Allah. Perempuan dilahirkan begini kerana keperluan memikul tanggungjawab istimewa dan besar. Namung alangkah baiknya sifat-sifat kewanitaan ini disalurkan ke arah yang membina dan positif.

Sejak saya putus cinta saya belajar menghadapi hari-hari “one day at a time”. Maka saya tak begitu banyak berfikir hal remeh. Ada 24 jam dalam sehari. 16 jam tempoh bekerja dan belajar. Kalau saya buang 5 jam berfikir perkara kecil, itu sudah 1/3 daripada masa yang saya ada untuk berjaya. Tak rugi ke?

Saya belajar “nothing lasts forever”. People come and go. Kalau hari ni seseorang memutuskan sudah tidak mahu jadi sahabat saya, terserah. Saya tak perlu fikir kenapa dan macamana nak dapatkan mereka semula. Saya berpendapat, sahabat yang baik adalah yang menerima kita seadanya. Bukan mengubah setiap karakter kita. Perangai yang tidak baik ditegur, bukan diumpat dan ditinggalkan.

Bercinta juga sama. People come and go juga. Kalau sebelum kita berjumpa dia, kita boleh bahagia lalala~ kenapa tidak setelah dia pergi? Memanglah hati kita berparut tapi itu semua seharusnya mematangkan bukan melemahkan. Relationship itu bukan satu eksperimen yang kita perlu buat post mortem hari-hari apabila putus.

Kita ada kelemahan, ye. Kita sedar, ambil pengajaran dan ubah. Tapi dia meninggalkan kita adalah kerana dia sudah tidak cintakan kita lagi. Bukan kerana kelemahan kita. Sebab kita sendiri mencintai dia, dengan kekuatan dan kelemahannya sebagai pakej. Mengapa kita jadi bodoh menyalahkan diri sendiri kerana dia yang bodoh menilai dan tidak setia?

“Kenapa aku mahu menyalahkan diriku jika ternyata dia yang bangsat?” kata kawan saya. Tapi kawan saya ni lelaki.

Untuk perempuan di luar sana, saya syorkan buku ni:

cristina perez

Perubahan personaliti saya banyak dipengaruhi buku ini. Bukanlah bermaksud sekarang saya bijak, berjaya dan seksi. Saya rasa sebelum tu lagi saya memang bijak, berjaya dan seksi. Oh! That’s the book talking! 😀

Selamat jadi perempuan yang tidak berapa perempuan! Kalau nak jadi Female Robot boleh tanya Fifi 🙂



4 thoughts on “Jangan Jadi Perempuan Sangat Lah!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge