Kenapa Nak Solehah

Assalamualaikum.

Tahukah anda kalau kita tidak soleh/solehah itu maksudnya kita ni mementingkan diri sendiri?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Soleh pada dasarnya mentaati perintah agama.

Sabda Nabi SAW kepada kepada Saidina Ali k.w. “Wahai Ali ! Tanda-tanda (ciri-ciri) orang soleh itu ada tiga:

  1. Pertama : Selalu memperbaiki hubungan dengan Allah SWT melalui amal soleh.
  2. Kedua : Selalu memperbaiki agamanya dengan beramal soleh.
  3. Ketiga : Selalu reda terhadap manusia dari apa yang diredai dirinya.”

Jadi kalau tak solat, macam mana kita nak kirim doa untuk ibubapa?

Ibu membawa kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan sebelum melahirkan. Kesakitan melahirkan itu, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sampaikan kalau meninggal semasa melahirkan dikira syahid kecil – begitulah besarnya kasih sayang ibu kepada kita.

Ayah bertungkus lumus membesarkan kita hingga dapat berdiri atas kaki sendiri – dididik, dibiaya makan minum dan pelajaran, diajar nilai-nilai yang baik…

Tapi setelah mereka pergi, kita tidak mengirimkan apa-apa kepada mereka. Betapa kita pentingkan diri sendiri.

Maka jadilah anak yang mengenang budi baik ibu dan ayah. Kalau sayang ibu dan ayah, berusahalah untuk soleh/solehah. Paling tidak, cukupkan rukun. Tak perlu dikupas. Kita semua dah besar. Kita tahu baik dan buruk.

Kalau tak tahu, jangan malu bertanya. Kalau malu juga, tanyalah bisik-bisik pada yang lebih arif.

Untuk kita membalas jasa ibu dan ayah yang berbudi sejak kita dalam kandungan, memang tak tercapai upaya kita. Hanya inilah yang kita mampu – menjadi soleh & solehah untuk mengirim doa kepada ibu bapa – bukan sahaja semasa mereka telah tiada nanti, malah sejak sekarang.

Doakan supaya terhapus segala dosa, supaya amal yang dibawa dapat “cover” points untuk masuk syurga.

P.s.: Di kelas silat, sebelum memulakan latihan kami sedekahkan al-Fatihah kepada Rasulullah SAW, ibubapa, guru-guru… This is one of the things that I really like about silat, selain daripada mengajar marhaban dsb.

#notasebelumtidur



1 thought on “Kenapa Nak Solehah”

  • Salam Ma’al Hijrah,
    Dulu saya pun sama macam adik juga(waku mude-mude dahulu) tetapi sekarang tidak lagi.Pada saya sekarang umur hanya lah angka yang kita boleh ubah kalau tidak suka .Bagi orang macam saya yang dah melepasi 40 angka tidak penting lagi tetapi berapa ribu,juta atau bilion sedutan nafas yang Allah swt nak pinjamkan pada saya.Usia kita di dunia dikira mengikut nafas yang di pinjamkam atas ekhsan dari Allah swt dan apabila ianya berhenti maka tamat lah ujian kita di dunia yang fana’ ini.
    Dr Salwa recently posted…7 Cara Mudah Memahami Kitaran Haid AndaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge