Lelaki Semua Celaka!

“Lelaki semua celaka! Celaka betul lelaki ni semua! Jangan percaya lelaki!” Hmmm…. Memang kasar, tapi ni lah yang telah ditanamkan rapat-rapat, mampat dan berkesan oleh Ayahanda (Abah) saya yang sangat-sangat overprotective dan control freak itu. Tapi bukan salah Abah. Bukan juga salah lelaki secara total. Mungkin susah nak percaya, tapi hidup kami dikelilingi oleh lelaki yang tidak kurang kecelakaannya.

Tapi saya bukan lesbian yer. Saya straight, dan insya ALLAH akan berumah tangga tidak lama lagi. Hanya kerana telah dibasuh-otak (brainwash) sebegitu rupa, saya tetap percaya akan wujudnya lelaki yang baik di luar sana. Mustahil sempurna. Namun, baik itu tetap ada. Jahat ada juga. Tapi bukan tahap celaka. 

Mengikut ideologi Abah saya, lelaki ni semua berpura-pura je awalnya. Semasa bercinta akan dilambakkan dengan pemandangan indah alam  perkahwinan supaya perempuan tertipu dan nak cepat kahwin. OK mungkin tak la sejahat itu motifnya. Tapi tidak menjadi diri sendiri, menyembunyikan kelemahan supaya perempuan tertarik.

Nota: mungkinkah Abah merujuk kepada diri  beliau yang menghabiskan sekotak tisu untuk lap muka bagi hilang minyak sebelum dating dengan Mak? 😀

Jatuh hukum celaka kah sekiranya begitu? Mana celakanya? Dulu saya pernah tanya soalan ini, tapi semakin saya matang dan berjumpa dengan ramai orang, banyak cerita tentang jantan lelaki celaka yang saya dengar. Hmmph. 

Ada yang menipu status perkahwinan. Ada yang memburukkan isteri/bekas isteri. Ada yang menipu status KEHIDUPAN bekas isteri (dia kata isteri dia dah mati). Ada yang tipu isteri untuk kahwin, tipu girlfriend kata isteri dera, tipu anak kata Mama kau jahat sebab tu Papa kahwin lagi, padahal gatal DAN bermacam-macam lagi cerita kecelakaan yang tidak enak didengar.

Ada yang membomohkan/mendera isteri/girlfriend/tunang, mengeluarkan kata-kata kesat, dan memeras ugut untuk mendapatkan duit/barang kemas. Penindasan atas dasar kuasa veto suami. Ada yang cakap kalau kau tinggalkan aku, aku beritahu orang kau dah tak dara!

Amboi celaka betul lelaki! Tapi saya masih percaya institusi perkahwinan. Kenapa? 🙂

Walaupun saya dibesarkan dengan bedtime story cerita kecelakaan lelaki, lelaki yang bercerita itu tidaklah celaka (Abah). Sebagai suami, Abah memang paling senang diuruskan. Tak perlu siapkan baju/makanan. Semua Abah senduk sendiri, baju pun iron sendiri (walaupun nanti Mak touch up balik sebab segan. Banyak sangat “said”).

Lelaki yang membesar dengan saya (Tamin a.k.a Taufiq) juga tidak celaka. Walaupun macam garang je gayanya kadang-kadang berbual dengan girlfriend tapi saaaaaaaayang sangat girlfriend comel dia tu. Saya tau lah. Saya kan kakak dia 🙂

Masyarakat memang cenderung percaya pada apa yang mereka dengar dan lihat. Abah memang ramai kawan semasa muda. Dan sebahagian besarnya mungkin lebih banyak yang celaka. Jadi tak boleh nak salahkan Abah. 

“People are afraid of things they don’t understand. They don’t know how to relate. It threatens their security, their existence, their career, image.”
– Bill Laswell 

Inilah isunya. Abah kata lelaki celaka sebab dia jumpa ramai yang celaka. Saya pun jumpa ramai yang celaka, tapi saya membesar dalam suasana kurang celaka, jadi saya lebih optimis dalam hal-hal begini. Saya juga memilih untuk tidak judgemental sebab saya pun tak suka orang judgemental terhadap saya. Saya menerima kelebihan dan kekurangan seseorang individu itu sebagai pakej, di mana kekurangannya itu akan dipenuhkan dengan kelebihannya.

Masyarakat kita pun pelik jugak. Kalau lelaki bercerai dengan perempuan, mereka akan kata lelaki tak pandai membimbing. Tapi kalau lelaki tu kahwin dengan bekas penari joget, tiba-tiba dia psycho dan dera isteri dia… Dan isterinya mintak cerai? Orang akan kata ah memang patut la. Mesti perempuan tu tak baik sebab tu kena cerai. Padahal padahal..

“People fear what they don’t understand, and lash out against it.”
– Marilyn Manson 

Kalau lelaki menduda kerana kematian isteri dan kahwin semula tak sampai 6 bulan, orang akan kata “Ala biarlah dia kahwin. Kesian tak ada orang jaga…” Kalau perempuan yang kahwin semula lepas tak sampai 6 bulan menjanda kerana kematian suami? “Amboi gatalnya janda tu eh. Kubur laki dia masih merah dan gatal cari lain…” atau lebih hebat “Entah-entah dia racun laki dia!”

Manusia…

P.s: Lelaki, saya tak kata kamu celaka OK? Tajuk je bagi gempak. 😀

Assalamualaikum! 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge