Melepas Rindu di IMKK 2014

Melepas Rindu di IMKK 2014

Assalamualaikum 🙂

Saya berpeluang menghadiri satu kursus motivasi 4 hari bulan lepas (Mac). Kursus ini, in a nutshell, LUAR BIASA. Bukan sahaja daripada segi isi ceramah (content), malah aktiviti praktikal yang disusun memberi impak yang cukup besar buat saya.

rindu IMKK

Itulah “kursus”nya. Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan atau singkatnya “IMKK” oleh Dr. Azizan Osman. Tidak terucap dengan kata-kata betapa hebatnya kursus ini — mungkin juga kerana saya tidak bijak bercerita tapi balik sahaja daripada kursus ini, saya berani cakap, saya rasa berbeza!

Dalam banyak-banyak pengisian dalam IMKK, ada satu yang benar-benar menyentuh hati saya. Yang lain ada juga, tapi yang satu ini sangat significant. Kami disuruh menutup mata dan membayangkan diri sendiri sewaktu kecil dahulu.

Semasa kecil, hati kita bersih. Jiwa kita suci — tiada buruk sangka, tiada dengki. Belum kenal sepak terajang dunia. Anak-anak ini — kita, sewaktu dulu, sangat berani dan sentiasa berperasaan ingin tahu. Suka belajar, mencuba itu ini. Kemudian kami disuruh merangkul budak itu.

Ya Allah, saya rindu budak perempuan itu. Rindu sangat. Ternyata saya banyak berubah, sudah hilang percaya, sudah hilang riang, sudah kurang ketawa dan saya sendiri tak tahu bila ini terjadi.

Saya rindu diri saya yang dulu suka membaca, senang tenggelam dalam buku-buku tebal; novel fiksyen, buku motivasi, dan segala macam buku asalkan ada huruf, menarik, memang saya bawa tidur. Semakin dewasa, saya kurang fokus, sentiasa “occupied” dengan entah apa.

Dulu saya “bebas”. Saya tidak pernah fikir apa orang nak cakap. Saya redah je. Saya teringat zaman-zaman belajar. Baru berapa tahun lepas? Saya graduate tahun 2011. Sekarang baru tahun 2014. Kalau dibandingkan senyuman dalam gambar dulu dengan sekarang memang jauh beza.

Dalam berfikir dan membanding-banding, saya menangis. Haih, nasib baiklah masa tu lampu semua tutup. Saya menangis lama, sambil DAO menyuruh kami menyentuh lengan, kaki, seluruh tubuh sendiri sambil mengenang betapa lamanya kita sudah mendiami tubuh ini.

Dan saya kesal. Betapa saya telah mengabaikan anugerah ini — tubuh yang tiada cacat cela yang saya diami selama 27 tahun, saya rosakkan dengan bermuram, saya abaikan dengan berasa sedih atas perkara yang remeh, saya sia-siakan dengan memurahkan air mata untuk orang yang tidak layak untuk saya.

Betapa saya sudah bodoh cukup lama.

Perasaan jadi bercampur baur — marah, sedih, kesal. Tak tahu nak uruskan yang mana dulu maka dengan izin Allah, saya kumpul semua dan campak jauh-jauh. Saya sedar, selagi tidak dibuang, selagi itulah semua ini jadi parasit dan meracun jiwa saya.

Saya rindu diri saya yang lama. Yang terbuka, yang sentiasa bersangka baik… bukan yang sekarang dengan trust issues, dengan syak wasangka, dengan bitterness…. Betul, saya jadi begini kerana keadaan. Tapi bodohlah saya kalau saya biarkan.

Sebaik lampu terang, dada saya terasa kosong. Seperti ada yang sudah lama mendiami, dan hilang entah ke mana. Saya rasa lesu kerana menangis terlalu banyak. Tapi lega.

Ya Allah, saya halalkan semuanya, Ya Allah. Saya mohon dikembalikan diri saya yang dulu, “reinstall” mana yang dah “corrupted”. Saya redha dengan segala kepahitan yang saya sudah rasa, cuma ini masanya saya buang kerana sudah terlalu lama. Cukuplah pengajaran yang saya ambil — kemarahan dan kekesalan saya tinggalkan dalam lipatan sejarah. Saya inginkan hidup yang manis, maka yang manis sahaja saya simpan. Saya rindu diri saya yang lama, Ya Allah. Saya mohon, Ya Allah, ajarkan saya agar sentiasa bersangka baik denganMu.

Saya peluk Mak yang hadir bersama saya di kursus. Dalam esakan saya dengar Mak bisik “Anda kaya dan berjaya.” Insya Allah, Mak! 🙂

Lepaslah sudah rindu saya pada budak perempuan yang saya pernah jadi dahulu. Sekarang dia sudah kembali, menolak saya yang masih takut-takut untuk ke hadapan. Ketawa puas-puas. Jumpa orang baru. Beli buku baru. Kadang-kadang dia tolak terlalu kuat sampai saya nak tergolek. Tapi tak apa. Setidak-tidaknya kita cuba.

Hidayah itu milik Tuhan. Taufiq itu kita kena cari. Insya Allah, Alhamdulillah saya dah tahu nak cari di mana 🙂



2 thoughts on “Melepas Rindu di IMKK 2014”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge