Minggu Akta Hasutan

Setakat ini, 4 (empat) orang telah ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.

    1. Adam Adli Abdul Halim
    2. Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)
    3. Haris Ibrahim (Aktivis, Pemimpin gerakan Asal Bukan UMNO)
    4. Tamrin Ghafar (Aktivis PAS)

Adam Adli ditahan kerana mengajak orang ramai turun berdemonstrasi jalanan sebagai protes menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam ucapannya di program anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM).

Beliau didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan.

“Kalau ada polis, SB (cawangan khas), ejen Umno, ejen Barisan Nasional di sini, nama saya Adam Adli Abd Halim. Ambil butiran saya, buat laporan polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa.

“Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada,” katanya dalam ucapan seperti tersiar dalam Youtube. – Baca lanjut di Sinar Harian.

Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar pula ditahan hari ini dalam operasi berasingan. – Baca lanjut di Malaysiakini.

Apa Itu Akta Hasutan?

Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal oleh British pada tahun 1948, yang menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini menjadikan ucapan yang “mempunyai kecenderungan menghasut” sebagai suatu kesalahan jenayah. Untuk butiran penuh tentang akta ini, boleh baca di sini –> Akta Hasutan 1948

Kalau tak salah, tahun lepas PM ada umumkan nak mansuhkan Akta Hasutan, dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional kan? Jadi macam mana boleh buat penahanan guna akta ni lagi? Tapi tak tahu lah kalau pemansuhan mungkin mengambil masa yang lama untuk berkuatkuasa. Baca: Akta Hasutan Dimansuh: Bukti Kerajaan Komited Melakukan Perubahan

Urusan di pejabat kerajaan memang agak lambat sedikit 🙂

Utusan bila pula? Memetik tafsiran Akta Hasutan 1948 antara lain: “kecenderungan bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia”. Tajuknya pun “Apa Lagi Orang Cina Mahu?” Perenggan pertama pun dah power:

“Masyarakat Cina gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang orang Melayu menjadi terasnya.”

Jadi macam mana?



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge