Nak Kahwin Dengan Saya Tak?

Tajuk ini bukan lamaran terbuka. Jangan pula ada yang mengajak saya kahwin lepas ni. Haha.

Saya jumpa seseorang yang sangat menarik di Pasar Seni semalam. Ada apa di Pasar Seni? Ada KLAB (KL Alternative Book Fest). Saya patut jumpa sahabat saya ini yang berjaya menempatkan karyanya dalam buku ber-ISBN. Tahniah! 🙂 Sehari sebelum tu dia SMS saya.

“Esok I kenalkan U dengan kawan I ye.” Saya OK sahajalah. Saya ingat perempuan. Rupanya jejaka.

Jangan excited ye. Ini bukan episod “How I Met Your Father“. Tidak ye. Belum lagi.

Berkenalan serba sedikit tapi perbualan sangat rancak. Dari satu tajuk ke satu tajuk, kami langsung bercerita soal cinta. Saya mengutarakan pendapat bahawa kita perlu berani. Jangan hanya menyimpan perasaan tanpa tahu apa-apa.

Cinta ini aneh. Kadang-kadang baru pertama kali jumpa kita sudah merasa suka. Kadang-kadang bertahun depan mata pun kita buta. Ada juga yang sudah tiada baru kita menyedari cinta.

Perempuan ni pula satu hal. Baru jatuh suka dah bermimpi hal kahwin, anak dsb. Sebab tu saya selalu pesan pada sahabat-sahabat “Jangan jadi perempuan sangatlah!”

Solusinya, saya memilih untuk bertanya kepada jejaka yang saya jatuh suka soalan yang satu ini.

“Awak dah ada girlfriend?”

Nah. Senang kan? Kalau tahu dia single kita boleh suka dia. Tapi kalau dah ada yang punya kita back off sahaja. Atau berjuang atau apa lah terpulang pada anda. Tapi bagi saya kalau tak single tak apalah saya cari lain. Haha.

Ternyata kawan baru kami ini juga setuju. Tapi menurut dia persoalannya ada dua.

  1. “Awak dah ada girlfriend?”
  2. “Awak suka saya tak?”

Betul kan? Kalau single tapi dia tak berkenan tak ada gunanya.  Mengetahui ada ruang kosong itu penting. Tapi mengetahui ruang kosong itu boleh kita isi atau tidak, itu lebih penting.

Terus terang, saya tiada keberanian untuk bertanya soalan yang kedua itu. Saya memilih untuk menunggu si jejaka yang bertanya. Tapi tak tahulah di masa hadapan kan? Cuma sekarang belum lagi.

Mungkin satu hari nanti confidence level saya menaik secara tiba-tiba dan saya tanya “Awak nak kahwin dengan saya tak?”

nak kahwin dengan saya tak

Nota kaki: Kawan baru saya ni sangat pandai berbicara. Pernah sekali orang tanya “Macam mana nak cakap kita tak suka pada seseorang tu lagi, tapi taknak sakitkan hati dia?” Jadi dia jawab “Pesona kamu sudah tidak menarik hati saya lagi” (lebih kurang macam tu lah) dan orang tu jawab “Oh Akmal I love you.” LOL



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge