Perihal Rezeki

Memang dah lama aku nak berhenti kerja. Cuma kalau ikut plan, patutnya aku berhenti kerja 2017. Masa tu umur 30 tahun. Insya Allah dah berkahwin dan ada anak. Ada dua sebab kenapa aku nak jadi full time housewife. Pertama, aku nak luangkan masa untuk bantu anak-anak belajar di rumah. Kedua, aku nak ada kebebasan. Bebas ke hulu ke hilir tanpa ada yang bertanya. Bebas balik rumah Mak Abah kalau nanti mereka dah tak sihat. Kenapa berhenti?

  • Tak sanggup makan gaji?
  • Ada peluang kerja lain?
  • Nak mulakan bisnes?
  • Nak kerja freelance?

Buat masa sekarang, plan aku cuma menulis. Adik ada ajak jual insurans sama-sama. Kaklong ada bakat, katanya. Entah bakat apa aku pun tak berapa pasti. Yang aku pasti, aku nak mencuba sesuatu yang baru. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku di usia 20an aku berhenti kerja. Sepatutnya di usia  muda ni aku bekerja. Makan gaji. Macam orang lain. Tapi tak boleh lah. Kalau bukan sekarang aku mencuba, bila lagi?

Apa yang penting, niatku lurus. Aku tak ada motif lain pun untuk berjaya selain untuk meringankan beban Mak Abah dan membantu adik-adik terutama si kecik yang masih belajar. Kesian. Takkan la nak biarkan dia dibebani hutang PTPTN. Macam aku sekarang. Jenuh membayar hutang. Dengan niat ni, aku doa agar Allah bukakan pintu rezeki untuk aku. Aamiin.

“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.” – Surah Ghafir: 60

Leave a Reply

CommentLuv badge