QR Code

Apa itu QR code? Pernah dengar tak? Ala code yang ala-ala puzzle yang petak-petak tu. QR code (kependekan untuk Quick Response code) lebih kurang macam bar code yang diorang scan kat kaunter masa kita beli barang tu. Kalau rujuk kat Wikipedia, dulu QR code ni digunakan dalam industri automotif. Kod ini diasaskan oleh anak syarikat Toyota, iaitu Densu Wave untuk mengesan kenderaan semasa proses pembuatan. Tapi sekarang dah digunakan secara meluas, sebab QR code ni senang dinyahkod (senang dibaca) dan boleh simpan lebih banyak maklumat.

Struktur QR code lebih kurang macam ni:

SHIT. Kompleks gila. Aku benci benda kompleks. Benda kompleks buat aku rasa bodoh. *mode psycho*

Anyway saja je nak share pasal QR code ni sebab ye lah kan bulan 6 hari tu kita beli iPhone 4. Biasalah jakun kan benda-benda hi-tech ni. Sebelum ni orang main-main baca QR code ni kita nganga je sebab kita takda smartphone. Bila dah ada ni mula la semua benda nak cuba. Dulu rasa membazir je beli iPhone. Apa la beli iPhone ni tak bangga pun. Tak ada istimewa pun. (Ayat orang dengki) Bila dah beli fulamak terus rasa best dan tiap-tiap hari explore macam budak baru dapat Lego. Lego? Ohhhhhhhhhh rindunya :’) Tapi dulu kitorang tak beli Lego. Beli yang brand biasa-biasa je. Ada yang takde brand pun. Ye lah Lego mahal.

Berbalik pasal iPhone, hari tu ada nampak QR code kat dalam suratkhabar. Iklan sekarang banyak keluar promosi guna QR code.

Bila ternampak mesti kita tertanya-tanya kan.  Sebab bentuk dia unusual, tak macam bar code biasa nampak kat belakang bungkus Maggi tu. Bila nampak QR code ni macam.. Eh apa ni? Jom kita scan code ni sekarang! *Konon-konon camni lah perasaan bila nampak ads yang guna QR code*

Sampai kita excited la download QR reader dan semenjak hari tu, macam tertanya-tanya bila la nak ada QR code ni nak scannnn. Haha. Culture shock punya budak. Buat malu je. *tepuk dahi*

Ada jugak yang lain, contohnya:

Bagus kan? Menarik. Saya dah try scan code-code yang saya letak kat sini. Mungkin ada yang link expired sebab project dah lepas ke apa. Tapi saya cuma nak highlight betapa QR code ni mampu menaikkan perasaan ingin tahu kepada sesiapa yang melihatnya. Ni boleh juga jadi salah satu marketing effort yang baik dan berkesan. Tak perlu bayar pun nak generate QR code ni. Boleh Google “QR code generator”. Dalam result tu mesti banyak generator yang anda boleh guna untuk generate QR code anda sendiri.

Dan saya pun gedik mencuba. Saja je. Rasa hi tech pulak bila ada QR code sendiri hehehe. Jadi terhasil lah ini:

Scan This Code With Your QR Reader

Goshhhh rasa puas hatinya ada QR code sendiri 😀 Bukan sahaja QR code ni free, tapi senang digunakan dan sangat hype sekarang ni. Kira in trend lah. Kalau anda takde ni, kira tak cool lah. Haha takde la sampai camtu sebenarnya. Saja hiperbola.

QR code ni saya letakkan kat profile FB sebagai alat promosi. Saje je lah. Kalau ada yang scan, untung-untung dia singgah ke blog ni 🙂

Anda pun cuba lah!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge