Cover Letter a.k.a Surat Lamaran Kerja

Cover letter dalam erti kata paling mudah difahami adalah surat mintak kerja. Bunyi sedap sikit adalah “surat lamaran kerja”. Wah gitu. Macam dulu-dulu zaman orang berutus surat ni kan.

“Saya nampak awak di pasar tani. Ketika selendang awak ditiup angin, terserlah rambut awak yang ikal mayang… saya pasti, awaklah wanita sempurna untuk saya. Sudikah awak menjadi suri rumah sepenuh masa? Eh maksud saya, suri hidup saya?”

(OK ini cuma tanggapan saya je sebab saya tak bercinta zaman tu.) Let’s just get to the point sebelum aku merepek lagi.

Surat lamaran kerja yang baik haruslah mengandungi perkara berikut:

  1. Jawatan yang dipohon, dan bagaimana mengetahui tentang kekosongan jawatan (sekiranya ada).
  2. Kenapa kita rasa jawatan tu sesuai dengan kelayakan akademik serta skill yang kita ada.
  3. Highlight pengalaman yang relevan.
  4. Bagaimana anda boleh dihubungi.

Strukturnya sama macam format surat rasmi. Kalau rasa-rasa dah lupa, boleh klik kat link yang saya selit kat situ 🙂 Tapi dengan teknologi canggih tanpa sempadan sekarang ni semua guna email kan? Jadi tak perlu la dengan lurus bendul pegi tulis alamat segala bagai. Faham adik-adik?

Untuk post kali ni, saya letak satu cover letter paling mudah di dunia, paling universal dan general, dan juga paling senang ditiru (ehem). Tu yang paling penting kan? Takpe kita tolong menolong.

Dear Sir/Madam (It’s best to know who is the person in charge)

My name is Maisarah (please remember to change the name so people won’t be thinking “who the hell is this Maisarah”), and I would like to present myself as a potential candidate for the position (insert name of position here) in your department as advertised on The Star on 14th August 2012.

I graduated in July 2011 (year of graduation) from (insert University name). I studied (insert your major). I have worked with (insert valid experience that can support your application, with some descriptions).

I strongly believe that if I am given a chance, I am able to impress you with my performance. I am able to fit in well in any organization, as I am friendly and I like meeting new people. I am also a fast learner. (This para is just “pick up lines” untuk meng-gah-kan your application).

Attached to this email is my resume for your reference. Should there be any question, I can be reached at 012-345XXXX. Of your kind consideration and attention, I thank you in advance.

Best Regards,
Maisarah Atan

Paragraph yang biru tu anda boleh la selit-selitkan segala benda baik tentang diri anda. Contohnya:

  1. I can work independently with minimum supervision.
  2. I am a very good team mate.
  3. I can lead and ready to be lead.
  4. I think out of the box.
  5. I am highly organized.
  6. I can work well under pressure.
  7. I am able to multitask.
  8. I know how to prioritize.

But mind you, don’t forget KISS. Bukan aku suruh bercium OK unless kau dah kahwin that’s your problem. Ciumlah sampai tertanggal bibir. KISS is “Keep It Simple, Stupid!”. Dengar tu. Keep it minimum. Ringkas dan padat. OK?

Link lain yang berguna:
Cover Letter Samples
Graduan.com.my
Jobstreet
Skorcareer.com

Selamat mencari kerja, sayang! 🙂



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge