Tuhan Yang Maha Tahu

Aku mati berdiri maka aku diselimut. Meski perit menanggung, sakit aku terbedung dengan hangat kasih Tuhan. Tuhan Yang Maha Tahu walau setiap inci penanggunganku. Tuhan Yang Maha Tahu yang telah sebaik-baik mengatur rancang hidup dan matiku.

Dan Dia juga yang memberi segala yang baik dan menarik segala yang buruk daripadaku, walau betapa aku menolak sesuatu atau memohon dikembalikan sesuatu. Dia Maha Tahu. Maka Dia biarkan aku belajar sendiri dari setiap titis air mataku.

Tetap juga kadang-kadang aku persoal cintaNya.

Saat dia tidak pernah meninggalkan aku meski ada ketika dan waktu aku meletakkan Dia bukan kepentingan pertama. Saat aku lupa dan alpa, dan aku ketinggalan dalam bersyukur… Tetap Dia beri aku waktu untuk bersujud kembali.

Sehingga nafas terakhir nanti masa Dia beri untuk kembali sujud, dan nescaya Dia maafkan.

Kekasih mana yang lebih Agung dan Sempurna daripada yang ini? Yang memberimu kekuatan saat kau parah dilukai dunia. Yang tidak menghakimi kecacatan zahir dan batinmu. Tetap juga kau dikasihi seperti hamba-hamba yang lain.

Kekasih mana yang lebih Agung dan Sempurna daripada yang ini? Yang sentiasa mendengar setiap keluh kesah tanpa jemu. Tidak berpaling walau sedikit saat kau memerlukan belaian kasih daripadaNya.

Kekasih mana yang lebih Agung dan Sempurna daripada yang ini? Dia sentiasa memberiku yang terbaik, termanis dalam hidup. Namun ada masanya tetap juga aku gagal bersyukur.

Lalu dalam kerinduanNya, diturunkan dugaan untukku supaya aku pulang ke tempat asalku. Menyedarkan aku akan asas kehidupanku. Dalam aku telah lupa, Dia memberi jalan untuk aku dinaikkan darjat disisiNya.

Tidakkah itu definisi kekasih terbaik?

Wahai Tuhan Yang Maha Tahu, Hanya Kau yang mengetahui isi hati dan raungan hatiku. Hanya Kau tempat aku bergantung harap dan meminta pertolongan. Aku serahkan kebergantunganku padaMu. Ampunkan kealpaanku yang acapkali buat aku lupa bersyukur. Jauhkan aku daripada sifat riak.

Berkatilah segala limpahan rezekiMu terhadapku dan ahli keluargaku, dan jauhkan kami daripada istidraj.

Semoga Kau tidak putus harap pada hamba yang lemah ini.

Wahai Tuhan

3 comments

Leave a Reply

CommentLuv badge